Wednesday, January 19, 2011

Bersama teruskan kecemerlangan-STAROBA





 Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman, (STAROBA) akan bergerak bersama pentadbiran Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR Ipoh bagi meneruskan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Presiden STAROBA, Datuk Mohd. Nasir Ahmad yakin kesediaan pengetua STAR yang bersikap terbuka dalam pengisian takwim sekolah akan memberi ruang kepada kelompok bekas pelajar untuk menyumbang ke arah kejayaan.


''Cabaran pendidikan hari ini bukan sekadar mendapat keputusan akademik yang cemerlang. Hasrat pihak sekolah adalah untuk melahirkan modal insan berintegriti, kreatif, inovatif, serta berkeperibadian dan berjiwa patriotik.

"STAR berjaya melakukan mobiliti sosial anak-anak Melayu luar bandar hingga mampu melahirkan tokoh-tokoh kepimpinan yang mempunyai personaliti terunggul.
"Ramai dalam kalangan bekas pelajarnya menerajui kepimpinan negara, negeri, agensi kerajaan dan swasta, organisasi serta komuniti sejak penubuhannya pada 1957," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sekolah Tercinta

Beliau berkata, semua bekas pelajar STAR dijemput hadir bagi memeriahkan acara tahunan sempena Minggu Bekas Pelajar 2011 (OBW2011) kelolaan STAROBA yang dijadual berlangsung pada 1 hingga 3 Julai ini.
Mohd. Nasir Ahmad juga menyerahkan replika tajaan akhbar akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebanyak 2,000 naskhah kepada Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd., Mohammad Fahmi Asraf di Bangi pada Sabtu lalu yang akan diedarkan sepanjang tiga hari berlangsungnya OBW2011.


dipetik dari Utusan Malaysia



No comments:

Post a Comment